AMPANG: Seorang lelaki dan seorang wanita maut selepas kereta dinaiki dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang di sini pada Ahad.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.04 pagi.
"Seramai 10 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Norazam berkata, kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki dua mangsa melanggar belakang sebuah lori kontena yang parkir di bahu jalan.
"Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di ruang hadapan kereta," katanya.
Menurut beliau, kedua-dua mangsa yang mengalami cedera parah dikeluarkan oleh anggota bomba pada jam 3.50 pagi menggunakan peralatan khas.
"Kedua-dua mangsa berusia 33 dan 42 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 25 2022
Keadaan kereta dinaiki mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Wawasan di Bandar Baru Ampang di sini pada Ahad. -Foto Sinar Harian
Masters Malaysia: Tang Jie-Ee Wei teruskan kemaraan ke separuh akhir
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, cemerlang menewaskan lawan pasukan senegara Tan kian Meng-Lai Pei Jing, 21-19,21-14 untuk menempah slot awal ke pusingan separuh akhir Masters Malaysia.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Lima ahli keluarga suspek ditahan bawah SOSMA
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata lima ahli keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA pada Jumaat.
Pantau Belanjawan: Unlocking Malaysia's green potential, energy diversity journey
Group CEO and Co-Founder, Plus Xnergy, Ko Chuan Zhen brings forward the discussion on Malaysia's renewable energy landscape to provide a comprehensive understanding of current trends, challenges, and future directions necessary for achieving the country's energy and environmental goals.
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.13 mata kepada 1,621.05 daripada paras penutup 1,629.18 pada Khamis.
Niaga SPOTLIGHT: Human capital - Economic migration & brain drain
Ibu tunggang motosikal bersama dua anak diragut
Suspek yang juga bermotosikal meragut gelang tangan wanita berkenaan sebelum melarikan diri, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Keluarga Maradona halang lelongan Bola Emas
Trofi yang diberikan kepada pemain terbaik kejohanan itu telah hilang selama beberapa dekad sebelum ditemui oleh peniaga barangan antik.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit menyusut kepada 4.7150/7190 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7020/7055 pada Khamis.
Lelaki kerugian RM12,000 angkara 'Love Scam'
Mangsa berkenalan dengan suspek yang mengaku dirinya sebagai 'perempuan' melalui aplikasi cari jodoh, Tinder.
Kemunculan kenderaan perisai Tarantula, Rentaka jadi tumpuan ramai pada Malaysia Autoshow 2024
Penyertaan kali pertama Mildef memberi peluang kepada peminat automotif mendekati kenderaan perisai yang dibangunkan syarikat tempatan itu.
Dua maut langgar belakang lori kontena
Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di ruang hadapan kereta.
Van pelancong rempuh belakang lori, 2 maut
Kejadian berpunca daripada van persiaran tersebut yang dipercayai dipandu laju sebelum melanggar kon dan lori yang rosak itu.
Kanak-kanak maut motosikal ditunggangi keluarga rempuh belakang lori
Kanak-kanak itu dikenali sebagai Auni Marissa Norman, 6, maut di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala.